Home Page
cover of 3_PETIKAN-KETIGA
3_PETIKAN-KETIGA

3_PETIKAN-KETIGA

Tan Shut Syuan

0 followers

00:00-07:03

Nothing to say, yet

Podcastspeechfemale speechwoman speakingnarrationmonologue
0
Plays
0
Shares

Audio hosting, extended storage and much more

AI Mastering

Transcription

The transcript is about an interview with a famous drama scriptwriter. The interviewer asks about the writer's interest in scriptwriting and how they got started in the field. The writer explains that they initially wanted to be an engineer but became interested in writing after taking writing courses in Italy. They are specifically interested in writing drama scripts because they believe it can provide good and impactful information to teenagers. The writer also explains the difference between drama scripts, novels, and short stories, highlighting that drama scripts rely heavily on dialogue to convey the author's thoughts and messages. They end the interview by encouraging aspiring scriptwriters to create high-quality and creative scripts that evoke different emotions in the audience. Pertikaan ketiga, wawancara. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Terima kasih kerana menonton! Dengar petikan wawancara ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dalam buku jawapan yang disediakan. Wawancara bersama penulis skrip. Sebagai seorang wartawan sebuah majalah hiburan, saya dikendaki mewawancara seorang penulis skrip drama terkenal untuk mendengar pendapat beliau tentang cara menulis skrip drama yang baik dan bermutu tinggi di negara pada masa ini. Wawancara ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai perkembangan dunia perfileman di negara kita. Yang berikut ialah hasil wawancara saya dengan beliau. Selamat sejahtera Encik Muiz. Terlebih dahulu, ribuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Encik Muiz untuk diwawancara. Bagaimanakah Encik Muiz mula melibatkan diri dalam bidang penulisan skrip drama ini? Sebenarnya, cita-cita saya adalah menjadi seorang jurutera. Saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di Itali. Setelah menamatkan pengajian selama empat tahun, saya pun pulang ke tanah air. Namun begitu, saya juga berminat dalam bidang penulisan kerana pada himat saya, bidang penulisan akan memberikan kepuasan kepada saya untuk memberikan maklumat kepada orang ramai. Bagaimanakah timbulnya minat Encik Muiz untuk melibatkan diri dalam bidang ini? Pada mulanya, saya kurang meminati bidang ini. Tetapi setelah mengikuti beberapa kursus penulisan semasa di Itali, saya mendapati bidang penulisan ini sangat indah dan saya tertarik untuk menceburi bidang penulisan ini. Apakah bidang penulisan yang menjadi tarikan untuk diceburi oleh Encik Muiz? Untuk bidang penulisan skrip drama, saya berminat untuk menulis skrip drama kerana pada pendapat saya, remaja pada hari ini suka akan hiburan dan saya ingin menyampaikan informasi-informasi yang baik dan berkesan melalui penulisan skrip drama saya kepada remaja. Wah, penulisan skrip drama. Boleh Encik Muiz terangkan apakah yang dimaksudkan dengan skrip drama? Skrip ialah perkara yang dipulis tentang beberapa idea atau perkara telah dicatat secara ringkas dan teratur untuk menjadikan panduan untuk tujuan tertentu. Dengan kata lain, kita bercakap mengenai dokumen yang mencerminkan aspek terpenting projek tetapi bukan sahaja dialog tetapi juga emosi, kontak, cara mentafsir dan sebagainya. Apakah perbezaan antara skrip drama, novel dan cerpen? Skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen. Dalam dua genre ini, situasi dan latar bagi peristiwa yang berlaku akan dijelaskan secara rinci kepada pembaca. Dalam skrip drama pula, pembaca pula hanya akan diberikan gambaran umum tentang situasi, latar atau tempat. Skrip drama akan digerakkan oleh dialog. Mesej dan pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak yang berinteraksi dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog. Akhir sekali, apakah pesanan Encik Muiz kepada pembaca majalah ini? Saya berharap agar mereka yang meminati bidang penulisan skrip ini akan dapat menghasilkan skrip drama yang lebih bermutu dan kreatif sehingga dapat menimbulkan unsur dramatik seperti marah, lucu, gembira, ketegangan, kejutan dan rasa ingin tahu para penonton terhadap karya tersebut. Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana Encik Muiz sudi meruangkan masa untuk diwawancara. Wawancara saya dengan Encik Muiz berakhir pada kira-kira pukul 12.30. Selepas itu, saya pulang ke pejabat untuk menyiapkan rencana tersebut.

Other Creators